Siutasi 1
“Ya Allah, aku tidak
mengerti apakah perasaan yang telah mengalir dalam diriku ini sehinggakan
hampir setiap detik aku memikirkan si dia. Apakah ini yang dikatakan CINTA?”
Situasi 2
“ Anis, sebenarnya dah lama
saya SUKA awak. Tapi selama ni saya pendam. Adakah awak juga menyukai saya?”
Situasi 3
“ Amin, aku buat semua ni
sebab aku SAYANG kau. Mesti kau marah kat aku kan?”
Ketiga-tiga situasi di atas mungkin pernah dialami oleh
kita. Kalau bukan semu sekalipun, sekurang-kurangnya kita pernah mengalami
salah satu situasi tersebut, kan? Begitulah lumrah hidup remaja zaman kini yang
masih belum mengerti untuk membezakan antara SAYANG, SUKA dan CINTA. Pada
zahirnya, perkataan-perkataan ini mempunyai maksud yang hampri sama namun pada
hakikatya, ia cukup berbeza.
CINTA!!! Ramai yang kurang mengerti maksud perkataan ini.
Ramai juga yang menyalahertikan anugerah Allah ini. Semakin dunia melangkau
usia, semakin ramai remaja enak diulit cinta. Mereka diulit cinta yang tidak pernah
dikawal oleh iman dan akal. Justeru, syaitan mengambil alih tanggungjawab
sebagai nakhoda manakala nafsu menjadi sang penunjuk arah. Apabila perkara ini
berlaku, arah yang dituju tentunya bukan pulau kebahagian mahupun pulau harta
karun, tetapi kapal akan dipandu menuju ke pulau kebinasaan. Jalannya nampak
indah dengan pukulan badai yang lembut, namun hakikatnya pulau tersebut membawa
malapetaka. Kerana cinta yang tidak dikawal lahirnya anak-anak luar nikah.
Jadi, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata cinta yang
sebenarnya hanyalah kata-kata nista. Kejarlah dahulu cinta pada Yang Maha
Pencipta sebelum mencari cinta pada yang dicipta. InsyaAllah, Allah akan
mencampakkan perasaan cinta yang suci dalam hati mereka yang menyempurnakan
cinta kepada-Nya. Ingat, CINTA bukan perkataan yang sesuai digunakan untuk
remaja seperti kita.
SUKA!!! Perasaan yang akan lahir dalam diri hampir setiap
individu apabila mencecah usia remaja. Di awal remaja, manusia akan mula diuji
dengan ujian perasaan ataupun ujian hati. Dan kebanyakannya leka dengan ujian
ini. Benar, ujian hati merupakan ujian
yang amat sukar dihadapi. Hanya kerana kurangnya penghayatan Islam, kurangnya
ilmu-ilmu agama serta rapuhnya iman terhadap Yang Maha Esa. Fikir-fikirkanlah
bagaimana kesudahan para remaja yang sanggup bermujahadah melawan perasaan
tersebut.
‘Ahmad Ammar Asy-Syahid.’ Nama yang sering meniti di
bibir para remaja sekarang. Pasti Allah pernah mengujinya dengan ujian
perasaan. Namun, beliau tidak terus melayan perasaan tersebut dan akhirnya
lalai seperti kita. Itulah antara kisah mujahadah seorang mujahid Islam yang
akhirnya pergi dalam husnul khatimah. Beliau juga manusia biasa yang makan dan
minum. Beliau juga punya masa 24 jam sehari semalam. Di manakah mampu dicari
syabab sehebat beliau andai sedikit ujian perasaan sudah mampu menggoyah
keimanan kita? Tepuk dada, tanya iman.
SAYANG!!! Bukan hanya boleh digunakan untuk mereka yang
berlainan jantina. Perasaan ini sebenarnya satu jalinan yang suci berasaskan
muhibbah dengan berpaksikan ukhuwah fillah bersandarkan Firman Allah “
Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara.” Perasaaan inilah yang
sewajarnya ditanam dalam diri setiap individu muslim sebagai menghadapai segala
mehnah dalam perjuangan.
Seorang da’ie perlu menyayangi setiap mad’u. Seorang
abang harus menyayangi adik-adiknya begitulah sebaliknya seorang adik harus
menyayangi abang dan kakanya. Yang peling penting, seoranh sahabat wajib
menyayangi sahabatnya. Sayang bukan bermakna menyokong segala perbuatannya.
Sayang seorang sahabat hanya terbukti apabila mereka sanggup mengorbankan
persahabatan yang telah dijalinkan bagi mengelakkan kita tercampak ke lembah
kebinasaan. Sebagai contoh, sahabat sejati akan menegur kita yang sedang leka
bergayut dengan kekasih melalui telefon walaupun mungkin akan dimarahi atau
dicaci. Justeru, perasaan sayang inilah sebenarnya akan melahirkan ikatan
ukhuwah yang suci berpaksikan ketakwaan kepada Yang Maha Esa.
Akhir kalam, ingatlah bahawasanya setiap ujian yang Allah
turunkan adalah untuk menguji keminan hamba-hambanya. Firman Allah yang
bermaksud “ Adakah kamu mengira kamu sudah beriman, sedangkan kamu belum
diuji...”. CINTA, SAYANG dan SUKA mempunyai makna yang cukup berbeza.
“Beware of these magical words if you want to use it.”


No comments:
Post a Comment